Assalammualaikum.... Siapa yang baca post aku sebelum ni, mesti expect aku akan tulis post yang happy2 je lepas ni... Allahu.. Sungguh hati ini tidak kuat sebenarnya nak berdepan dengan realiti..
11 Jun 2015, tarikh yang aku nanti2 kan bila doktor tunjukkan upt test itu positif... Ye.. Dua line yang terang dan bukan la samar2.. "Positif awak mengandung"... Air mata kegembiraan aku keluarkan kerana sudah lama air mata utk berita seperti ini aku simpan.. Tapi siapa tahu, janji Allah itu pasti, genap seminggu dari tarikh keramat itu, aku datang ke clinic , utk buat scan seperti yang dijanjikan.. Ingat ye,hanya seminggu dari tarikh 11Jun2015, kalau ikut perkiraan aku dah lebih kurang 7minggu usia kandungan aku... Berdasarkan pengetahuan dari rakan ttc yang lain, 7minggu patut dah nampak kantung dan baby... Tapi keputusan scan aku sangat mengejutkan. Doktor sendiri tak jangka keputusan scan macam tu.. Tiada sebarang kantung, tiada aebarang line, apatah lagi nak nampak titik dan degupan jantung. Aku disuruh utk buat upt lagi sekali, keputusan juga hampa, negatif... Tapi aku tak puas hati kenapa doc tak lakukan tvs dan ujian darah..
Itu lebih pasti untuk kita tahu mungkin terjadinya etopic pregnancy(luar rahim)... Tapi aku redha.. Dan sebenarnya aku memang takut menanti setiap hari check up sebab aku x mampu berdepan dengan situasi ini lagi... Kali ke 4 , aku diberitahu, " baby awak mungkin x jadi, dah x ada etc"..... Sekali pun sudah memeritkan, kali kedua sudah cukup memberi impak emosi, ini kan pula aku yang sudah kali ke 4....
Dan keredhaan itu aku sembunyikan disebalik gelak tawa walaupun hakikatnya aku setiap saat menangis merintih di dalam hati.. Aku berhenti ambil semua ubat, kerana ada ketika aku putus asa untuk mencuba, aku putus asa untuk disiplin kan diri makan ubat segala macam kerana hasilnya tetap sama. Tapi aku tidak mahu berdosa kerana tidak terima ketentuannya... Ya Allah, ujian apakah kau turunkan pada aku ... Kecewa yang tidak tertanggung ini , cukup lah...
Aku doaman ttc yg lain akan membuahkan hasil.. Semoga anda berjaya ya.. Amin..
Doakan ubtuk saya dan suami juga...
Amin ya rabbal alamin...

