Salam alaik.. Hari ni hari ke 22 berpuasa... Sungguh ramadhan kali ini tidak tertanggung.. Sedih yang lepas belum berkurang walau 1 zarah pun.. Kecewa masih kekal di tempatnya.. Harapan masih lagi setinggi gunung.. Penantian tetap di landasan.. Sebenarnya aku lebih kepada pasrah kalai dibandingkan dengan redha.. Dugaan demi dugaan yang datang, namun aku percaya Allah SWT tak pernah menguji andai hambanya tidak mampu harungi.. Apa yang aku nak persoalkan tentang duit yang banyak habis ke doctor, belum kira berubat kampung dan ubatan sedangkan harga Zuriat itu tidak terkira nilainya seawal dia di dalam perut.. Apalah yang aku nak persoalkan tentang tidak boleh atau boleh kah aku mengandung, aku sering lupa untuk meminta bersungguh-sungguh.. Pernah terfikir di dalam doa ku ayat yang selalu akan aku sertakan di dalam setiap doa "berilah aku kesempatan untuk mengandung, kurniakan aku zuriat".... Namun aku sering lupa Dia telah makbulkan doaku 4kali aku mengandung walaupun sekejap, ada zuriat di dal rahim ku ini.. Mungkin aku lupa untuk minta menjadi seprang ibu dan xuriat yang sihat tubuh badannya..
27th July 2015- berdebar betul nak tunggu tarikh ni.. 1st appointment dengan Dr Natasha Ain di KL Fertility, doctor ketiga aku dalam usia aku berTTC.. Semoga semua nya baik belaka.. Setiap wanita impikan sihat.. Setiap wanita dambakan zuriat.. PerancanganNya begitu adil.. KetetapanNya itu begitu pasti.. Di saat orang lain sibuk dengan persiapan raya, aku masih dalam kesedihan dan debaran menanti hari rawatan...
Mungkin ada dosa yang belum dimaafkan.. Mungkin ini kifarah masa lampau.. Mungkin ini juga balasan kerana tidak pernah menghargai.. Aku pasrah kerana tak ada kudrat lagi untuk aku berdiri.. Aku seakan putus asa, aku seakan berserah, aku seakan tidak peduli malah makin membenci pada mereka yang bernasib baik, tidak seperti aku.. Allahuakbar, maafkan aku.. Kuatkan iman ku.. Semoga ada sinar dibulan syawal.. Sinar yang aku dan suami sama-sama nantikan.. Amin Ya Rabbal Alamin..