Nuffnang ads

Thursday, 13 August 2015

Soalan yang tidak patut semasa aidilfitri

Assalammualaikum...

Aidilfitri dah nak berlabuh tirainya, sibuk sangat sampai kan tak sempat untuk aku titipkan dalam blog.. Bukan apa takut bila bakal anak atau cucu aku baca, mereka akan tanya, nek kenapa gap lama sangat.. Wahh gitu! Ye aku seorang yg pandang jauh ke depan, contoh nya bab beli kereta aku andaikan beli kereta besar terus sebab nanti anak nak duduk mane... Walhal, seorang anak pun aku belum ada lagi..

" wahai anak, mana kamu ni, jauh sangat ke perjalanan kamu ke rahim ibu? Andai perlu kamu lari, lari lah... Kalau ibu boleh guna jalan express belikan tiket flight, pasti dah ibu belikan... "
Tapi perancangan Allah swt itu pasti... Ada hikmahnya...

Pertama sekali maaf seribu kali maaf andai post ada yang baca dan terasa hati.. Bagus! Itu yg aku mahukan.... Bukan kerana kejam, tapi aku mahu mengajar kamu erti sensitivity terhadap wanita lain..

Aidilfitri memang tak lekang nak jumpa saudara mara.. Bayangkanla jumpa setahun sekali, cerita setahun  nak compilekan dalam 1hari... Berpeluh mak nakkk..... Tapi aku seakan tak faham mengapa soalan yang penting begini mesti atau perlu manusia tanya bila berjumpa di hari raya...:-

- bila nak kawen
- asyik sorg je.. Bile nak berdua... (Yang tang kawen confirmla xtau nak cakap ape, mungkin die pun sedang tunggu bakal suami yang sesat cari jalan jodohnye..)
- berdua je, bile nak ada beg tangan? (Chop ni aku x faham, beli la LV berapa ribu pun, bkn beg tangan tu dorg maksudkan... Aku pun tak tau kenapa kena samakan dengan beg tangan.. Bayi itu indah bukan?)
- bile nak menantu, aku dh 3pramg cucu dah..( yes nenek is awesome, ko dulu nak kawen pun bertatih kam, sabarla budak2 tu masih muda)
- kosong lagi ke perut? ( Allah tak pernah jadikan perut manusia kosong, mesti ada usus!)
- buncit angin ke buncit budak ni? (Kalau orang tu memang gemok dan berperut, x ke kecik ati orang tu)
- cuba la kuat sikit...(x kan aku nak bagitau berapa kali dal sehari aku mencuba?)
Etc

Bagi aku, hal atas ni semua hal yg gembira.... Berita gembira tak ada sapa yang nak sorok.... Mesti orang akan war kan..bila orang tu tak cakap apa2 lagi, hormat sikit privacy dan perasaan mereka... Mungkin ada sebab musabab nya...

Aku naik bosan dengan perangai oramg sekarang... Seakan perkahwinan, anak, itu satu perlumbaan?apa pun aku masih boleh sabar kerna aku yakin anak aku masih mencari rahim aku untuk didiami....