Nuffnang ads

Monday, 26 October 2015

Scholl Velvet Smooth Electronic Foot File- Pedicure di Rumah sahaja!!

Assalammualaikum..... Holla!!

Rasa macam dah lama sangat tak buat manicure pedicure ni....sejak kesihatan tak berpihak pada aku mi agak susah sikit nak keluar.. Gigih la beli cream Scholl utk anti wrinkle feet semua tu.. Tiap2 malam sapu... Tapi hari tu masa pegi Watsons ternampak benda ni... ( 1st thing tertarik sebab pink!! Hello kitty lagi) brand Scholl jugak. Aku memang tidak berbelah bagi kalau product Scholl ni.. (Bukan aku saja, aku rasa ramai yang setuju ni) ... Aku rase memang sesuai la Scholl Velvet Smooth Electronic Foot File ni dengan mereka yang ada masalah kaki merekah... Bukan kaki buruk tau! Itu menunjukkan anda adalah orang yang gigih berjalan setiap hari! Memakai kasut tinggi dan penat berkerja.. Hehehe ... Aku yang sekarang bercuti pun ada masalah ni... Macam orang tua plk rasa hahahah.. So dengan adanya benda ni senangla untuk aku mencantikkan kaki aku.... Nampak tak batang hitam tu... Benda tu dapat menyingkirkan sel2 kulit mati tu yang merekah2 semua tu kan... Bukan perempuan je boleh guna benda ni, Lelaki pun boleh guna jugak... Cuma antara malu dengan tidak je la nk pegang handle dia yang hello kitty tu... Hahahaha (buat kat rumah je tak ada sape nampak) 

Harga Scholl Velvet Smooth Electronic Foot File ni Rm169.90.... Tapi boleh jimat kalau ikut perkiraan aku, pedicure paling murah pun sekarang ni RM45.... Seminggu mesti sekali kalau ikut org yang rajin... Kali la dengan 4minggu dah berapa kan.. Tu baru utk sebulan... Benda ni kalau korang pandai simpan, jaga boleh pakai berbulan2.. Ganti roller dia tu je.. So memang sangat jimat dan relevan kan benda ni... Syabas Scholl kerana melahirkan benda macam ni! πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Nak dapat tiket ke Japan Hello Kitty Puroland?? Click link bawah ni! Semoga berjaya! 

Get an express pedicure from home and win tickets to Japan Hello Kitty Puroland. http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/bxGILp

Ni pulak aku sertakan tips2 camne nak cantikkan lagi kaki korang yang memang cantik mulus itu... Sebab mungkin aku kurang arif tentang kaki... HeheheπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
Chap heels begone with Scholl Velvet Smooth Electronic Foot File. Here’s how! http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/bxGJf



Thursday, 22 October 2015

Zalora at Your doorstep!

Assalamualaikum

Shopping is the best therapy untuk mereka yang sedang bersedih kan?? Hehe

Since ive go through al the sadness part n moment but yet its a valuable moment, husband decide to put "on leave"... Atau kata lain cuti tanpa gaji sebab aku berkhidmat utk kerajaan.. So dorang tak layan mc lame berbulan2 camni..

Sejak aku cuti ni, tak ada benda sangat nak buat.. So online je la.. Macam2 benda tengok until tergerak hati nak bukak apps Zalora yg memang dah berhabuk dlm hp aku ni.. Since aku ada dapat voucher zalora rm50 masa event InTrend hari tu(thanks InTrend!) so aku guna kan la ia sebaik mungkin... 

Tengah dok scroll nampak la ada kasut ni berharga RM29 je lepas discount.. So put into bag first hahah.. Memang murah gila ok!! And cantik plk tu tak payah la pegi beli yang ratus2 tu.. So beli la dua pasang dengan memakai voucher... Ada balance tak cukup dalam rm5 camtu... Pening macam malas je nak bayar pakai rm5... Masa nak check out tu, nampak ada Cash On Delivery... Good enough.. Tak pikir panjang terus proceed! Beli hari Selasa, hari ni hari KHAMIS, tadaaaaaaaa

Sampai la abang zalora bersama dua bungkusan. Bezanya aku tak menjerit seperti dalam iklan tv.. Walaupun aku pun macam nak menjerit! Gila cepat!!! Thank you zalora!!

Ps: bagi discount banyak2 lagi haha..



Wednesday, 21 October 2015

Breast cancer? How bad it is...

Assalamualaikum..

Hi..

Last week when i went to my mother in law house, mama cerita pasal collegue dia yang mengadu sakit breast.. Aku ingat sakit2 biasa je sebab masa study kat poli dulu ada la sorang kawan ni pernah jugak macam tu.. Dia bukan cyst or tumor or whatever tapi macam kelenjar yang membengkak la... Benda ni tak bahaya based on the doctor said la tapi if dibiarkan berlarutan boleh memudaratkan jugak.. Haa camne tu?? So she had to undergo a surgery to remove the things... Benda ni buat sakit and buat kita fikir kita ada breast cancer disebabkan keadaan nya yang macam berbijik2 tu.. But different case dengan kawan mama ni, dia betul2 ada breast cancer and only notice masa dah stage 3.... Sebab dah sakit sangat so dia pun pergila check... So to all womens out there, jangan lengah2 buat mamogram tu... Saya sudah, anda bila lagi? 

I share u few tips from this websites how we can reduce the chances! Its importang for us ladies... We going to need it like forever kan... 


Here’s one easy way to reduce your chances of getting breast cancer.

how to reduce chances of getting BREAST CANCER

Throwback Scandal Season 5 Premier at Starworld Women of Worth Clbrtn.

Thank you kak rosie( InTrend Magazine Editor) for inviting all of us to this event.. Cant remember berapa kali dah pergi event Intrend ni... So memandangkan aku pun memang tengok Scandal ni, so pergila apa salahnya kan... Dapat jumpa Paula Malai Ali( x sempat amik gambar) , Ngai yuen, and cancer survivor, sorry lupa nama dia... Held at Le Meridien Kl, semua pandang pelik je coz all of us 9 siblings were there haha.. Well its a nice and comfy event i can say... Well done Starworld team.. 
The food... Tempting kan? 

Our table, 9wonder girls are here at this table! Haha
The invitation... Simple yet classy enough..
The show is about to begin...
And i choose corporate chic insp by Olivia Pope.. 

✅ A Prada 
✅ A pair of Louboutin
✅ A piece of Mng blazer
✅ Forever21 blouse as an inner
✅ Zara casual pants
✅ Naelofar instand shawl not in the pic

Till meet again at the next event... Xoxo


Tuesday, 20 October 2015

Pil Perancang... mana yang lebih sesuai?

Hari ni nak tulis pasal pil perancang.. Disebabkan aku baru saja start ambil pil perancang ni... Doctor suggest utk ambil pil perancang Yasmin, selain utk stabilkan period aku yang ting tong lepas keguguran 4x ni, ia juga boleh membantu meningkatkan hormon... Pil perancang Yasmin ni bersifat kombinasi dan mempunyai hormon progestin yang mana ianya mengawal dari sebarang pertambahan cairan dalam badan.. Maknanya pil ini tidak akan menggemukkan sebaliknya dapat mengawal dan menurunkan berat badan.. Pil ni juga terkenal sebab dapat mencantikkan kulit... Yg flawless akan bertambah flawless la kiranya kalau ambil pil ni... Hehe.. Tapi setiap benda tu Allah swt jadikan ada baik dan buruknya.. Tidak semua pil perancang ni sesuai utk semua orang tau... Macam aku baru start dengan yasmin ni, tapi pening dia tak boleh nak cakap.. Selalu sgt rasa nak muntah.. So aku rasa aku tak sesua consume Yasmin ni.. Aku refer semula pada doctor, dan dia suruh stop and tunggu next period baru start dengan pil yang Baru iaitu pil Yaz...kedua2 pil ni dari company yang sama dan bersifat kombinasi.. Fungsinya juga hampir sama.. Kebaikkannya juga lebih kurang la.. Cuma aku tak sesuai dengan yasmin jadi mungkin dengan Yaz lebih sesuai untuk aku... Pil2 ni harga nya sedikit mahal dari pil perancang yang ada ... Yasmin harga nya di farmasi mula dari 40-70... Yaz pun tak jauh beza rasanya.. Pada ibu2 yg memang nak merancang boleh la cuba pil ni.. Kalau takut gemok la kan sbb sedia maklum pil perancang ni menggemukkan.. Jadi ambil Yasmin atau Yaz ni inshaa allah tak gemuk hehe.. Ok lah nanti bila dah consume Yaz baru buat entry baru Yaz...


Doc suggest saya ambil pil perancang selama 3bulan ni, stabilkan apa yang patut sebelum teruskan dengan iui..😝😝 semoga Allah swt mendengar doa hambanya...

Saturday, 10 October 2015

Anak syurga

Assalammualaikum...

Pagi ni dalam group whatsapp Ex-schoolmate , dapat berita sedih yang mana seorang rakan kami telah keguguran di usia kehamilannya 8minggu... Takziah wahai kenalan... Jadi dalam tu semuanya mula jadi keyboard warrior bagitau tentang indahnya sabar, kuatnya wanita DLL.. Tapi aku tidak terlepas jugak cuma aku cakap benda yang ringkas simple dan mudah difahami..

" N (bukan nama sebenar), sabar banyak2,jangan risau akan ada reZeki nanti, jgn berhenti berharap ye.. Allah swt tak kan uji umat dia kalau umatnya tak mampu.." Pengakhiran ayat itu disertai dengan smiley.. 

Tapi ramai yang salah anggap konon ingat aku menyindir.. Sampai ada "pa" si N ni cakap, jgn ckp pasal diuji, kita tak ada kat tempat dia, kita tak tau apa dia rasa.. Belum dapat mengandung dengan keguguran itu dugaan yag berbeza.. Sekurang2 nya dia walaupun gugur dia dah ada saham akhirat ada anak dia yang dah tunggu dia..


Laaahhhh?? Salah ke aku cakap tadi... Aku tau dia sedih, jangan cakap aku x pernah rasa, 4x tau aku keguguran.. Dan memang aku xnak bagitau orang yg kenal aku pun sebab mulut mcm ni la... Im totally understand how does it feel !!!! Dan itu jugak dugaan bagi orang yang dah berkahwin, menunggu zuriat kurniaan dari nyaa.. Heloo miss pa, kalau kau nak cakap aku tak faham apa dia dah rasa, sekurang2 nya si N dah ada anak syurga yang menunggu walaupun keguguran berbanding aku yang tak ada apa, maaf sayang kau silap sama sekali.. 4orang anak aku menunggu aku disana tanpa kau tidak tahu dan tanpa kau tidak sedar... 

Kita ni bila bercakap kena ukur baju badan sendiri, toleh kiri kanan, berpalinglah depan dan belakang, supaya kita dapat muhasabah diri... Walaupun aku masih belum ada zuriat, tapi Allah swt cepatkan rezeki jodoh aku.. Berbanding kamu yang masih mencari.. Karma itu ada  dan jangan pernah lupakanya... Ini la sebab utamanya aku tidak pernah dengan berita mengandung, juga tidak pernah minta suami ambil gambar di labour room saat kau melakukan "dnc" utk di post ke whatsapp...  


Sekian

Hati yang memendam