Hari ni nak tulis pasal pil perancang.. Disebabkan aku baru saja start ambil pil perancang ni... Doctor suggest utk ambil pil perancang Yasmin, selain utk stabilkan period aku yang ting tong lepas keguguran 4x ni, ia juga boleh membantu meningkatkan hormon... Pil perancang Yasmin ni bersifat kombinasi dan mempunyai hormon progestin yang mana ianya mengawal dari sebarang pertambahan cairan dalam badan.. Maknanya pil ini tidak akan menggemukkan sebaliknya dapat mengawal dan menurunkan berat badan.. Pil ni juga terkenal sebab dapat mencantikkan kulit... Yg flawless akan bertambah flawless la kiranya kalau ambil pil ni... Hehe.. Tapi setiap benda tu Allah swt jadikan ada baik dan buruknya.. Tidak semua pil perancang ni sesuai utk semua orang tau... Macam aku baru start dengan yasmin ni, tapi pening dia tak boleh nak cakap.. Selalu sgt rasa nak muntah.. So aku rasa aku tak sesua consume Yasmin ni.. Aku refer semula pada doctor, dan dia suruh stop and tunggu next period baru start dengan pil yang Baru iaitu pil Yaz...kedua2 pil ni dari company yang sama dan bersifat kombinasi.. Fungsinya juga hampir sama.. Kebaikkannya juga lebih kurang la.. Cuma aku tak sesuai dengan yasmin jadi mungkin dengan Yaz lebih sesuai untuk aku... Pil2 ni harga nya sedikit mahal dari pil perancang yang ada ... Yasmin harga nya di farmasi mula dari 40-70... Yaz pun tak jauh beza rasanya.. Pada ibu2 yg memang nak merancang boleh la cuba pil ni.. Kalau takut gemok la kan sbb sedia maklum pil perancang ni menggemukkan.. Jadi ambil Yasmin atau Yaz ni inshaa allah tak gemuk hehe.. Ok lah nanti bila dah consume Yaz baru buat entry baru Yaz...
Doc suggest saya ambil pil perancang selama 3bulan ni, stabilkan apa yang patut sebelum teruskan dengan iui..😝😝 semoga Allah swt mendengar doa hambanya...
No comments:
Post a Comment