Nuffnang ads

Thursday, 7 May 2015

Bermulanya Clomid 150mg

Assalamualaikum.. As u all know, aku dan suami decide untuk refer pada Prof Dato Dr Hamid Arshat after a year TTC(try to conceive) atau pun dalam bahasa melayunya cuba untuk hamil... Setelah beberapa rawatan termasuk rawatan darah aku yang ada virus, akhirnya dr Hamid bekal kan aku Clomid 150mg, dos tertinggi sekali.. Selalu aku dengat orang cuba dengan clomid 50mg, then 100mg, tetapi aku terus bermula dengan dos 150mg yang mana aku perlu patuh tanpa gagal untuk menelan, from CD(cycle day) 3.. Atau pada mereka yang baru lagi dengan terms2 TTCIANS ni, hari period anda... Aku patuh makan from CD3-CD7.. Selama 5 hari ni telan 150mg... Ikut pada orang la, ada yang aku dengar, CD2-CD6.... Clomid ni utk membantu follicle kite membesar pada saiz yang sepatutnya dan dilepaskan dengan baik untuk En Sperma yang bakal doc bakal engineer ty cari untuk persenyawaan... JANGAN LUPA, MAKAN CLOMID KENA SENTIASA STAY POSITIF.... I know, its not easy being a ttc... Saya pernah melalui nya... Sampai satu ketika aku berdoa supaya jangan la kawan seangkatan aku yang mengandung dulu.. Sampai satu ketika aku benci menjadi wanita yang tidak boleh mengandung dengan cepat, Ya Allah, ampunkan hamba mu yang hina ini... Semakin aku benci pada ibu mengandung, mungkin selagi itu aku susah untuk mengandung... Ibu mengandung ni kan mulis, jadi jangan benci2 dia ok... Jangan stress memikrkan apa orang cakap masa anda sedang consume clomid, itu tidak akan membantu folicle anda... Biarkan sahaja mulut orang, kita tak akan dapat tutup.. Apa yang penting dan apa yang perlu anda fokus, AKU AMBIL CLOMID,FOLICLE AKU MESTI SEBESAR KUIH PAU!😊😊😊😊 

MISI BULAN INI :-
AKU MENGANDUNG
AKU MENGANDUNG
AKU MENGANDUNG
AKU MENGANDUNG
AKU MENGANDUNG
AKU MENGANDUNG!!

Till we meet again.. Babydust to all!

No comments:

Post a Comment