Nuffnang ads

Monday, 11 May 2015

END OF CLOMID CYCLE 1

Assalamualaikum ttcians....

Officially dah selamat habis kan 5hari dengan clomid 150mg.. Semoga ada rezeki saya dan suami kali ini... Sedih sangat bila tengok suami tak henti2 bagi full moral support, in fact dia ingatkan kita makan ubat, and betapa dia sabar membantu apa jua posisi untuk kami sama2 berusaha... Sungguh aku tak mampu nak tengok sebenarnya.. Aku bersyukur dikala Allah swt menduga kami, sedikit pun kami tidak pernah rasa kurang atau rendah diri untuk mencuba... Pada mereka yang nak cuba clomid ni, tolong refer pada doctor dulu ya.. Bukan apa , clomid memang sedikit sebanyak membantu follicle anda untuk membesar TETAPI ianya bukan booster untuk jadikan awak mengandung ye.. Jangan salah faham ... Ni aku sertakan sekali sedikit sebanyak tentang clomid.... Babydust to all!!!


Menurut Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Zubaidi, kesan sampingan bagi setengah wanita tidaklah teruk. Biasanya ia menyebabkan rasa panas, payudara membengkak dan sakit, loya dan mood swings. Ianya akan hilang apabila clomid berhenti diambil.

Dr. Zubaidi menekankan bahawa ubat clomid hanya digunakan apabila terdapat masalah ovulasi. Masalah lain seperti saluran fallopian tersumbat tidak akan dapat diatasi dengan pengambilan clomid. Clomid hanya sesuai kepada wanuta yanb memounyai kitaran haid yang tidak teratur atau kitaran haid anovulatori. Fungsi clomid di sini adalah untuk merangsang ovari untuk menghasilkan follicle yang mengandungi ovum. Follicle yang mengandungi ovum akan pecah apabila tiba masa yang sesuai dan bersedia untuk disenyawakan dengan sperma. Ianya juga digunakan untuk merawat penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS) berkaitan dengan ketidaksuburan.


Cara makan ubat clomid 
Clomid 50 mg, diambil selama 5 hari, dari hari ke 3 hingga hari ke 7. Jika dos 50 mg tidak berkesan, boleh tingkatkan dos atas arahan doktor. Ubat clomid hanya boleh digunakan sehingga enam kitaran haid. Penggunaan selepas 6 kitaran haid adalah sudah tidak berkesan untuk membuatkan anda hamil. Sebaiknya mencari alternatif lain. Ini disebabkan kerana berlaku "Clomid Resistance". 

No comments:

Post a Comment